Setiap kali saya melaksanakan program-program latihan, saya akan memerhatikan peserta-peserta saya. Gelagat mereka apabila diminta bercakap di hadapan secara sukarela.
“Kau la, kau la..”
“Eh.. tak nak, tak nak.”
“Takpelah, bagi orang lain dulu.”
“Saya belum sedia lagi.”
“Nak cakap apa ni?”
Itu semua dialog-dialog biasa yang saya dengar daripada mereka.
Malah yang lebih mengecewakan apabila yang mengucapkan kata-kata itu adalah para guru sekolah yang saban hari mengajar anak murid di bilik darjah!
Hairan saya.
Kata mereka..
“Depan budak-budak lain, ini depan sama-sama cikgu, saya segan..”
Eh?
Saya tahu ini tidak baik tapi reaksi spontan saya yang tidak kelihatan secara zahirnya ialah..
“Mesti kelas cikgu ni boring..”
Hahaha.. :p
Ada satu sindrom yang kerap melanda manusia apabila disuruh membuat pengucapan awam.
Sindrom Darah G.
Sindrom Darah G apabila menjangkiti manusia yang membuat pengucapan awam, akan mengakibatkan audien mengalami simptom Bosanisme.
Antara tanda-tanda audien mengalami simptom Bosanisme ialah:
- Membuka mulut dengan luas selang beberapa minit sekali
- Kerap mengangguk-angguk di luar kawalan
- Menggeleng-geleng kegelisahan
- Kerap keluar masuk bilik kuliah dan bilik air
- Mulut bergerak-gerak dan mengeluarkan bunyi kepada rakan di sebelahnya
- Mata terpejam dan kadangkala terbeliak beberapa kali
Itulah tanda-tanda ketara yang dapat dikenalpasti.
Sebenarnya Sindrom Darah G mempunyai penawarnya. Malah apabila seseorang itu rajin mengamalkan penawar Sindrom Darah G, mereka akan mampu memberikan imunisasi bagi simptom Bosanisme kepada para audien.
Sindrom Darah G adalah satu sindrom biasa yang menyerang manusia. Ianya boleh menyebabkan tangan berpeluh, degupan jantung yang kuat dan laju serta berkemungkinan menyebabkan perut memulas-mulas secara tiba-tiba.
Darah G wujud apabila otak mula memikirkan kemungkinan-kemungkinan negatif yang akan berlaku terutama sekali apabila hendak membuat pengucapan awam.
Sekiranya tidak dikawal, Darah G boleh menyebabkan seseorang itu pitam atau sukar bernafas. Tetapi ia tidak akan berlaku sekiranya seseorang itu mempunyai orang-orang yang memberi panduan dan sokongan di sekelilingnya.
Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa Sindrom Darah G boleh disamakan dengan sindrom apabila seseorang manusia itu merasa teruja.
Apabila manusia berasa teruja, jantungnya akan berdegup dengan kuat dan laju, sama seperti yang dialami oleh pesakit Darah G.
Jadi, penawar utama bagi Sindrom Darah G ialah, menukarkan perasaan negatif kepada positif, supaya molekul-molekul dalam Darah G akan bertukar menjadi molekul keterujaan.
Bagaimana caranya mahu menukarkan molekul itu, saya kongsikan dalam Kursus Bicara Bestari dan juga ebook Tips & Teknik Bicara Bestari.
Hehee..
Apa itu Darah G?
Darah Gemuruh la.. hahaha..
(^_^)v

