
Arwah nenek saya pernah berkata,
” Orang yang gagap ini, orang yang bodoh.”
Bunyinya agak keras, tetapi beliau mengucapkannya dalam tona biasa dan tersenyum.
(Allahyarhamah nenek saya Hjh Hambiah Md Som merupakan seorang guru agama di sekolah kampungnya suatu masa dahulu dan disegani sebagai seorang guru al-Quran kepada jiran2 dan sering dirujuki oleh mereka apabila terdapat masalah.)
Kenapa orang gagap dikatakan orang yang bodoh, kerana mereka tidak pasti dan tidak yakin dengan apa yang hendak dituturkan. Mereka gagal mendapatkan perkataan-perkataan yang betul untuk diucapkan. Oleh sebab itu, mereka yang gagap bukanlah pemikir yang baik, dan apabila mereka tidak dapat berfikir dengan baik maka mereka tidaklah dapat berkata-kata dengan baik.
Saya juga sesekali apabila diserang migraine akan menjadi keliru untuk bertutur. Ini membuktikan bahawa apabila otak terganggu / tidak berfungsi dengan baik, mengakibatkan lidah tidak dapat bertutur dengan lancar. Sukar bercakap (slurred speech) dan kekeliruan adalah simptom awal serangan classic migraine.
Sekiranya dalam keadaan biasa yang tidak diserang penyakit, lidah menjadi gagap, apakah ia?
Kiranya anda seorang yang banyak wang, melimpah-limpah rezeki anda setiap hari. Tetapi anda tidak dipandang sebagai seorang yang berwibawa.
Berwibawa dari segi penampilan dan ketrampilan. Orang ramai tidak ada masalah dengan seorang kaya berpakaian t-shirt dan jeans lusuh kerana itu mungkin identiti fizikal yang menyelesakannya, tetapi bagaimana apabila diminta berbicara?
Gagap + Gementar + Gelabah = Darah ‘G’.
Apa pula pandangan anak-anak anda yang masih bersekolah pada anda?
Katalah pada suatu hari dalam mesyuarat agung PIBG, oleh kerana anda punya banyak wang yang disumbangkan ke tabung PIBG sekolah anak anda, jadi anda diminta berucap sebagai motivasi kepada ibu bapa yang lain. Saat itu tangan anda berpeluh-peluh, menggeletar = anda diserang sindrom Darah ‘G’! Apa pandangan ibu bapa lain yang berpendapatan rendah, kepada anda yang diharap dapat memberikan inspirasi kepada mereka?
Tanyakan pada diri anda sendiri:
- Apakah aku suka dilihat seorang yang gagap?
- Apakah aku suka dikatakan seorang yang berdarah ‘G’?
- Apakah aku senang apabila orang tersenyum melihat tanganku menggeletar apabila berucap di hadapan mereka?
- Apakah aku senang apabila memek muka mencemik ditunjukkan kepadaku semasa aku bercakap?
- Apakah aku suka dikatakan seorang yang gabra?
- Apakah aku suka dikatakan seorang yang penakut?
- Apakah aku suka dikatakan seorang yang pengecut?
- Apakah aku senang hati apabila pendengar ucapanku mengalami simptom bosanisme?
Tanya diri anda, jawablah pada diri anda. Kerana hanya anda tahu apa jawapannya dan anda sahajalah yang tahu apa yang anda mahu orang lihat anda bagaimana.
Sertailah Kursus Bicara Bestari yang bakal dijalankan insyaAllah pada 6-7 Jun 2009 ini. Tiada lain hasrat kami adalah untuk membantu sesama umat, agar lebih berwibawa, berketrampilan dan lebih disegani oleh umat lain di dunia ini. Jom, sertailah sekarang!

