Salam ceria :)

Lusa, ebook Tips & Teknik Pengucapan Awam Kreatif (TTPAK) akan dilancarkan, insyaAllah.. Saya sekarang sedang sibuk menyiapkan perkara-perkara yang berkaitan.

Sebagaimana yang saya maklumkan sebelum ini, ebook ini bersifat separa interaktif, di mana sepanjang pembacaan anda, terdapat beberapa latihan yang boleh anda lakukan dan berinteraksi dengan saya.

Oh ya, tentu anda mahu tahu ada apa dengan ebook ini, apa isi kandungannya dan apa yang boleh anda dapat daripadanya?

Baiklah, di sini saya paparkan senarai topik kandungan ebook ini..

  • Pengucapan Awam
  • Jenis Pengucapan Awam
  • Analisis Diri
  • Zon Selesa
  • Menghapuskan Darah ‘G’
  • Prinsip Andragogi
  • Hebat & Berkualiti
  • Penampilan & Ketrampilan
  • Intonasi, Nada & Tona Suara
  • Kenali Bahasa Tubuh
  • Tips, Teknik & Rahsia
  • Pengurusan Penyertaan Audien
  • Gaya Menutup Ucapan
  • Sehari Sebelum…
  • Hari Persembahan
  • Pantang-Larang
  • Latihan Praktikal

Untuk makluman anda yang ingin mendapatkan ebook ini, disarankan supaya mendaftar dengan Acrobat.com terlebih dahulu untuk memudahkan pembacaan. Walaubagaimanapun, saya telah menyediakan manual sebagai panduan untuk anda melakukannya dengan mudah.

Jangan lupa untuk mendapatkan ebook ini dengan harga istimewa sempena pelancaran pada 1 Julai 2009. Harga ini terhad kepada 30 orang yang pertama sahaja! Jangan terlepas peluang!!