Pendaftaran Ogos Dibuka Sekarang!

Kursus Pengucapan Awam Kreatif akan diadakan pada 6 Februari 2010di Kuala Lumpur dengan yuran hanya RM 220.00 sahaja!

Daftar sekarang dan dapatkan diskaun serta bonus-bonus hebat!

Nota Bestari Bersama Azzah AR @ Azuzafu

Archive for May, 2009

Jutawan Gagap

Arwah nenek saya pernah berkata,

” Orang yang gagap ini, orang yang bodoh.”

Bunyinya agak keras, tetapi beliau mengucapkannya dalam tona biasa dan tersenyum. 
Continue reading…

Perubahan Lokasi Kursus Bicara Bestari

Salam semua,

Dengan ini diumumkan bahawa Kursus Bicara Bestari yang dijadualkan pada 6 dan 7 Jun 2009 telah diubah lokasinya ke..

Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor

.. dan tiada penginapan disediakan..

Berita gembira untuk anda, yuran penyertaan telah dikurangkan menjadi RM300.00 sahaja.. manakala tawaran-tawaran diskaun 10% masih dikekalkan!

Rebut peluang ini sekarang kerana tempat adalah terhad!!

Ebook TTPAK Hampir Siap!

Salam semua,

Proses menyiapkan ebook Tips & Teknik Pengucapan Awam Kreatif (TTPAK) telah 88% siap!

Saya akan berusaha menyelesaikannya dalam masa terdekat ini dan untuk jualan pertama saya akan buka kepada beberapa unit sahaja dengan harga pembukaan istimewa.

Dalam ebook ini, bukan sahaja tips dan teknik, malah saya sertakan sekali pelbagai latihan yang boleh anda cetak dan lakukan sendiri di rumah.

Jangan lupa singgah lagi ke blog ini untuk mendapatkan khabar berita kursus dan ebook pengucapan awam okey!

Selamat dunia akhirat!

Sindrom Darah G

Setiap kali saya melaksanakan program-program latihan, saya akan memerhatikan peserta-peserta saya. Gelagat mereka apabila diminta bercakap di hadapan secara sukarela.

“Kau la, kau la..”

“Eh.. tak nak, tak nak.”

“Takpelah, bagi orang lain dulu.”

“Saya belum sedia lagi.”

“Nak cakap apa ni?”

Itu semua dialog-dialog biasa yang saya dengar daripada mereka.

Malah yang lebih mengecewakan apabila yang mengucapkan kata-kata itu adalah para guru sekolah yang saban hari mengajar anak murid di bilik darjah!
Continue reading…

Salam Perkenalan

Salam kepada semua pengunjung blog ini dan terima kasih kerana singgah..

Saya mewujudkan blog ini untuk berkongsi dengan tuan/puan segala macam perkara mengenai pengucapan awam kreatif yang saya namakan ‘Bicara Bestari’.

Saya buka ruang ini untuk diskusi sesama kita, apa sahaja yang berkaitan dengan kemahiran pengucapan awam.

Jangan lupa kunjungi blog ini selalu untuk mendapatkan info-info terkini. Dan jangan lupa untuk menyertai Kursus Bicara Bestari yang saya anjurkan pada 6-7 Jun 2009 di Melaka dan dapatkan diskaun serta bonus-bonus hebat!

Jumpa lagi!